BIRU: Melambangkan semangat kental, patuh kepada peraturan dan undang-undang negara.
PUTIH: Melambangkan keikhlasan / kesabaran / ketekunan dalam menimba ilmu.
LAMBANG OBOR: Melambangkan semangat yang tidak mengenal kalah dalam menimba ilmu.
BUKU: Melambangkan ilmu / amal membawa bahagia.
RODA BERGIGI: Melambangkan ilmu merangkumi teknologi.
PERISAI: Melambangkan berhemah tinggi dan berdisiplin.
COGAN KATA: ILMU AMAL BAHAGIA.
Ilmu: Manusia berilmu adalah manusia yang sempurna.
Amal: Amalan yang baik akan melahirkan seorang manusia yang berwibawa dan mempunyai wawasan.
Bahagia: Kebahagiaan hidup akan tercapai apabila ilmu dan amalan dapat dijalinkan.
VISI SEKOLAH
Melahirkan pelajar yang berilmu dan beramal
MISI SEKOLAH
Mendidik para pelajar dengan cara memperturunkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran dalam bidang
akademik, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan sesuai dengan tuntutan diri. Sekolah, keluarga dan masyarakat global.
OBJEKTIF SEKOLAH
· Menyediakan program akademik dan kokurikulum yang komprehensif dan seimbang dengan keperluan individu dan sekolah.
· Mewujudkan suatu suasana pengajaran dan pembelajaran yang sihat dan kondusif.
· Mewujudkan suasana masyarakat sekolah yang progresif, punyai wawasan serta bermoral tinggi dalam semua kegiatan sekolah.
· Meningkatkan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan kerjaya.
· Membentuk pelajar yang boleh menerima perubahan ke arah nilai positif sesuai dengan kehendak masyrakat, agama,bangsa dan negara.
· Memupuk masyarakat penyayang, perkhidmatan penyayang, sekolah penyayang, hormat-menghormati dan cintakan sekolah.
· Memupuk sifat tabah, berdikari, berdaya saing, berdaya kompetatif dan adil, dalam semua kegiatan.
